Tuesday, May 10, 2011







RABU, 11 Mei - Satu ceramah dan pameran pencegahan dadah telah diadakan di dewan sekolah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah ( AADK ) Kuala Krai.





SELASA, 10 Mei - Satu Program Kecemerlangan ke arah UPSR 2011 iaitu Ceramah Teknik Menjawab bagi mata pelajaran matematik telah berjaya dijalankan. Program ini telah dijayakan oleh penceramah yang berpengalaman luas dalam matematik iaitu En. Muhamad Zubir, pegawai PPD Kuala Krai.






ISNIN, 9 Mei - Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru telah mengadakan program Pemuafakatan antara Ibu Bapa/ Penjaga murid-murid tahun 6 dengan guru-guru kelas dan guru mata pelajaran. Ianya melibat 2 sesi iaitu sesi pertama bermula pada jam 8.00 -10.30 pagi dan sesi kedua pada jam 11.00 - 12.30 tengahari. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memaklumkan tentang pencapaian murid-murid dalam Ujian Bulanan Berkala ( UBB ) ke-2 dan perbincangan untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam UBB, seterusnnya ke arah kecemerlangan UPSR tahun 2011.

Wednesday, May 4, 2011











KHAMIS, 5 Mei - Perkhemahan Unit Beruniform SKManek Urai Baru tahun 2011 telah berjaya diadakan dengan jayanya di Pantai Perkasa, Bachok Kelantan. Perkhemahan ini dijalankan selama 3 hari 2 malam iaitu dari 5 - 7 Mei 2011. Ia telah melibatkan Persatuan Pengakap, PBSM, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu ialah Pertandingan Memasak Tanpa Api, gubahan tuala, Membina Istana Pasir, Boling Kelapa, Kawad Kaki, Kawasan Khemah terbersih dan Membina Gajet Mini.










AHAD, 26 April - Kem Kepemimpinan Murid peringkat SKMUB telah dijalankan selama 3 hari iaitu dari 26 - 28 April 2011.







AHAD, 24 April - Pelancaran Minggu Anti Dadah peringkat SK Manek Urai Baru telah disempurnakan oleh Guru Besar SKMUB iaitu Tuan Haji Wan Mohd Raziff Bin Wan Mohamad.

Tuesday, May 3, 2011

widget